Friday, August 5, 2011

‎"The hardest thing to do is watch the one you love, love someone else"

yes, it's true..
its the hardest thing to do,
to accept the fact and to pretend that nothing's changed.
to watch he or she be with someone else..
someone that he or she love.
but,
what makes you happy,it will makes me happy as well ;)
dear manis,
i wish you all the best, i wish you could get someone that can makes you happier



Saturday, July 30, 2011

what's on my mind

what's on my mind?
-i need more time for myself
-i think that she does not care bout me anymore
-i need to be in study mood
-i love him, but did he love me back?
-i want my life back
-God, please help me.

Wednesday, July 27, 2011

wahai lelaki yang ingin mencari spare-part gf

mengapa?
bukankah seorang sudah mencukupi?
sudah memadai untuk menceriakan hari2 anda.
kenapa perlu menduakan kami?kenapa perlu sakitkan hati ini?
bercerita tentang cinta..sampai bila terus begini,
konon nya si dia curang dan buat kau sakit hati,
kamu berjauhan dan si dia tidak mengerti..
itukan sebab lelaki cari kami?

bukan kami benci mahupun tidak mengerti,
kami juga empunya hati,
hati yang ingin dicintai,oleh seorang yang bernama lelaki.

wahai lelaki,dengarlah rintihan kami,
jangan lah sekadar nak ikut sunnah nabi,
bukankah satu dah memadai,
kenapa perlu cari lagi?

kami nak HAPPY,
bebas memiliku seorang diri,
tapi..
bila teringatkan tentang yang "seorang" lagi..
gundah gulana hati ini.
adakah aku sekadar pengganti,
untuk menghiburkan hati mu,
bila kamu tidak bersama?



 

Monday, July 25, 2011

satu perasaan cm harem

kawan-kawan, mari membaca,
pernah tak korang suka kat seseorang?
mesti pernah an? meh dengar kisah cik mas..
yee...setelah lama 'in denial' dengan perasaan sendiri,aku mengaku aku sayang kat dia.
kenapa sayang? sayang tu satu perasaan yang sangat kompleks..
jadi, aku tak dpt nak explain atau pun huraikan kat sini..
kesimpulannya,
pernah tak korang sayang kan seseorang yang sayang jugak kat korang?
mestilah pernah..kalau tak,bertepuk sebelah tangan la an?
tp,korang tak officially bercinta..hurm..ada baik dan buruknya kalau kita menjalinkan hubungan macam tu..mungkin sebab kita tak ready untuk jadi bf/gf orang lain..rimas kan?
bila bukan 'secara rasminya' bercinta..
tapi...kadang2
kita akan ada perasaan kurang suka dengan apa yang dia buat..tp kita x dpt nak luahkan sebab?
kita akan fikir, siapa kita untuk rasa cemburu? siapa kita untuk ambik tahu sgt pasal dia..
kenapa rasa mcm niy?
kita nak tegur..tp x dpt nak susun ayat..kan?
kang tibe2 luahkan perasaan, apa kata beliau?
"kenapa u nak jeles dgn siapa i keluar, dengan apa yg i buat, sebab ni la i xnk ada gf/bf..serabut!!!'
aku benci perasaan mcm niy,tak terdaya nak buat apa2, tak mampu untuk buang perasaan ni..
tak dapat luahkan perasaan benci,tak dapat nak menyimpan rahsia hati..
apa patut kita buat?
dem..i hate ths feelin'

Thursday, July 21, 2011

lelaki yang sukakan 'permainan @ 'game''

lelaki,lelaki wahai lelaki,
kenapa anda jadi begini,
adakan salah kaum kami,
jika kami diperlakukan begini..

apa korang ingat kitorg kaum perempuan ni saidina?monopoly?bola sepak? ke korang ingat kitorg niy game dota? sampai perlu mainkan kitorg..'game' di sini merujuk kepada perbuatan sesetengah lelaki yang gemar melakukan aktiviti cabar-mencabar sesama sendiri untuk mendapat kan perempuan yang dorang aim..
kenapa kena buat mcm niy eh?apa yang korang cuba buktikan? adakah korang cuba buktikan yang korang mampu mendapatkan mana2 perempuan yang korang nak atau pun nak menguji perempuan tu sendiri? korang pernah dengar pasal karma x? yang mana setiap perbuatan yang korang lakukan akan dibayar dengan perbuatan yang sama.maksud, kalau korang buat jahat, maka akibat yang korang terima tu buruk la..
mungkin korang tak percaya, tetapi percayalah bahawa langit tak selalu cerah.
kenapa? tak boleh ke sekadar bertaruh untuk game bola ataupun lumba kuda..kenapa perlu pertaruhkan 'kejantanan' anda?anda rasa tercabar?
mungkin?
atau mungkin juga anda terlalu obses dengan cabaran..
cuba bayangkan anda di tempat kami?sukakah anda jika anda diperlakukan seperti ini?
mood : ada orang nak kena hentak nih..

Wednesday, July 20, 2011

pencarian bakat boifriend baru

pencarian bakat boifriend baru akan diadakan <3
tujuan pencarian bakat ini diadakan ialah untuk memenuhi diri ini dengan kasih dan sayang serta mengisi hari-hari yang akan datang dengan kenangan yang lebih indah.
kriteria yang diperlukan untuk memohon ialah :-
seorang lelaki yang "lelaki"
mempunyai ketinggian melebihi 160 cm
tidak perlu rupa yang menawan, sekadar sejuk mata memandang
berbudi bahasa dan sopan-santun
hormat orang tua
sukakan kanak-kanak seperti saya <3
prihatin tetapi tidak terlalu mengongkong
menerima cik mas seadanya
tidak mengagungkan harta dunia
ikhlas
biar tidak berharta asalkan berazam untuk berjaya
mempunyai rancangan masa depan dengan cik mas dan bukan sekadar ingin mengisi masa lapang dengan cik mas

segala permberitahuan mengenai pencarian ini dan pemenang akan diumumkan melalui laman sosial facebook ;)

selamat berjaya..

Sunday, July 17, 2011

aku pilih untuk HAPPY ;)

aku pilih untuk happy,
bebas menentukan arah destinasi,
bebas memilih jalan sendiri..

aku pilih untuk gembira,
meniti hari- hari dengan sendiri,
tak perlukan derita mahupun cinta,
hanya bergantung pada usaha.

mencari semula identiti diri,
menyelami hati, mencari happy..
biar apa mereka kata, biar apa mereka cari.
usah peduli, terus mencari..

perpisahan mungkin bukan cara terbaik,
tp ayuh berhenti dan lihat semula..
apakah kita patut begini,
hidup dengan berpura-pura.

jadi ayuh kita bermula,
cerita baru,impian baru.
tetapkan hati,mulakan langkah.

Sunday, July 10, 2011

mari-mari..

mari bercerita, mari bersenda.
apa cerita,mari membaca.
berhenti dan mula..

tiada benda yang mudah,
tapi tiada yang mustahil,
tiada derita, tiada cerita,
tanpa usaha,kau tak kemana..

apa nak heran dengan kata mereka,
mereka pun bukan siapa,
hanya berkata,tak kira masa.
kau masih lagi nak dengar kata mereka?

bukan mereka yang menentukannya,
semua bergantung pada usaha,
kalau kau alpa..
maka semua jadi sia-sia

something to write again

it's been a while..yess..since i wrote last 3 months ago..
i recently quit from UITM Perak..that;s the bad news..but not for me ;)
There also a gud news,i've just enrolled in KPTM Bangi..now, i am a Business Management student.
pretty hard for me,but i swore that i will try my hardest to learn again...

what's it like?
being 21 and being older than most of them,i felt like a total loser..but i can't do anything about it..

so, Fight-Oh cik mas!

Monday, May 30, 2011

mula tertanya-tanya

adakah berbaloi merasa derita,
jika hati tidak rela,
menjaga hati si dia,
agar dia sentiasa bahgia.
 
mula tertanya salah siapa,
salah aku atau si dia,
mula merasa kehilangan diri,
di mana diri menghilang kini.

Friday, February 18, 2011

hari pertama ;)

semalam merupakan hari pertama aku mula bertudung,
memang hari pertama dugaan -Nya besar..
panas,rimas,lemas..u name it..
tp aku tau,tuhan cuma menduga..
banyak soalan yang dianjurkan,juga ramai yang memperlekehkan..
apa yang aku lakukan atas niat yang baik,
jadi..jgn banyak sgt nak bertanya..

semoga hari2 yang akan datang akan lebih baik ;)

Monday, January 31, 2011

im letting you go..

i'm letting u go,
to just see if u hold on to me,
im all out,
what is taught and what is real.
haha,it's life,remember?

Saturday, January 29, 2011

filem lama wajib tonton..


filem wajib tonton, mmg waktu filem niy siap bikin aku tak lahir lagi, tp percayalah hampir semua dialog dalam film niy aku boleh hafal..
tahun siap bikin= 1978.
its a musical, aku agak yakin yang mak ayah kita tau cerita ni..
kenapa cerita ni best?
mula2 skali,
can u just looked at John travolta? darn sexy in those leather skinny jeans..
he's like an original version of Zac Efron..
filem ni pasal dua orang remaja yang tengah nak bercinta,heroin bernama Sandy dan hero pulak Danny..
sangat romantik..sangat sweet..
moral value cerita ni utk cik mas=
kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup kita,
kita cuma perlu pastikan..kita rasa sempurna bila bersama.
selamat menonton ;)

cinta itu macam makanan..

kenapa aku sama kan cinta dengan makanan?
kita boleh pilih nak bercinta dgn siapa sebagaimana kita boleh pilih nak makan apa..
kita ada makanan kegemaran,yang kita sanggup pergi merantau cari makanan yang kita suka,
sepertimana kita sanggup merantau untuk berjumpa kekasih hati.
cinta memenuhi keinginan kita,seperti manusia normal,memang kita inginkan seorang teman..
makanan memberikan kita keselesaan,bila kita makan,kita happy ;)
tapi,
kita kena pilih apa untuk dimakan,mcm kita pilih siapa pasangan hidup kita.
kalau makanan ada rasa manis,pedas,masam,masin dan kelat..
cinta pula kadang2 ada rasa sayang,geram,benci,marah dan bahagia.
kita jugak tak boleh curi makanan orang, kalau kita nak kongsi makanan orang pun dorang mesti x selesa kan?
jadi,bila bercinta,jangan ambik hak orang lain,jangan berkongsi cinta anda dengan orang lain,jangan sekali-kali cuba2 untuk curi cinta orang lain..
makanan dan cinta..
terlebih makan dan terlebih bercinta akan menyebabkan penyakit obesiti dan patah hati..
makanan dan cinta..
akan menyebabkan hati anda sakit..
jangan curi2 'makan' waktu bulan puasa, nanti dosa..
jangan makan luar,bila kat umah dah ada makanan

saya sangat berharap anda faham pembayang saya ni =)

tp moral of the value untuk cikmas..
biar kau mati sebab x 'makan' , biar kau kempunan, biar kau terus merana sebab tak 'makan'
tapi kau tak boleh curi makanan orang lain..
kesian dorang, itu 'makanan' dorang,dorang usaha utk 'makanan' dorang..
biar kau mati lapar daripada mati dibenci.

Friday, January 28, 2011

apa yang perlu kita buat jika pasangan kita mcm ni?

urm....
start...
kita ada pasangan hidup yang kuat jeles dan suka sgt mengongkong..
apa yang dia buat?
facebook pun nak password,fon kita pun nak usha 24 jam,nak msg je memanjang,lambat reply msg dia trus call..
hello...ingat kitorang x de kerja lain ke?
nak melayan kau sorang, kau ingat kau artis?
kite mmg sayang kat dorang tp xkan la nak hadap dorang je..
kang marah merajuk, xbagi password kang ckp curang..
rasa nak bagi penampar je..
nasib baik kau comel dan sayang punya pasal..

kawan2, apa kite perlu buat?
haa...mcm niy..daripada korang sibuk2 pikir dan complain psl pasangan hidup korang niy..
cara paling bagus dan awesome adalah untuk berterus-terang..
buat apa nak menjaga hati dan salurkan masalah korang kat kawan2 korang?
korang suka ke kalau kawan2 korang ckp korang takut gf?takut bf?
tak suka kan?berterus terang je..kalau pasangan korang tu x dpt nak berubah perangai?
haa...korang ada alasan untuk cari lain and break-up..
so,kalau korang da break-up...dorang cari korang balik..
maksudnya dorang mmg btol2 sayang kat korang..
kalau dorang x cari korang balik,maksudnya die dah jumpa pasangan yang rela dikongkong dan belum baca blog niy lagi ;)
sekian, bagi hadiah penampar kat dorang kalau dorang degil sangat ;)

kita pun ada life....

Wednesday, January 26, 2011

bola pantai ;)


mengenali diri sendiri..
apa itu bola pantai?ok,korang tau tak bola yang selalu kita bawak pi main kat pantai tu?
yang berwarna-warni tu...



yess...dis one..
bayangkan anda berada dalam satu bilik yang besar dan bilik tu dipenuhi dengan lebih daripada 100 orang...
sempit kan?
jadi,bayangkan,dlm bilik tu,kita letak satu bola pantai yang besar..
sangat besar..saiz bola tu sangat besar smpai 100 org td dihimpit ke penjuru bilik..
dapat bayangkan?

ok,bila kita tanya orang2 yg berada di sebelah sana,dorang ckp bola tu warna merah,padahal depan mata kita,bola tu warna biru..
bila kita tanya orang2 yang berada di 2 penjuru yang lain..dorang kata bola tu warna kuning dan hijau..
yelah..bilik tu kan 4 penjuru..

maksud saya,semua orang tu berada dalam bilik yang sama, melihat ke arah bola yang sama..
apa yang membezakan orang-orang tersebut adalah dari sudut pandangan perspektif mereka..
semua manusia berbeza..
kebanyakkan orang takkan cakap mcm ni
'dari pandangan saya, bola ni warna merah, tapi saya rasa mungkin dari arah awak,warna bola ni lain'
mereka lebih gemar ckp mcm ni..
'dari sini saya nmpak warna merah..kalau awak nampak warna lain..awak salah'

konkusi bagi tajuk ini adalah..
setiap apa yg berlaku, apa yang terjadi..kita x boleh nak rumuskan mengikut apa yg kita rasa,mungkin dalam sesetengah bnda,pendapat kita berbeza dengan pendapat orang lain.apa yag kita perlu buat adalah untuk menghormati pendapat orang lain..kita mungkin salah,jadi cuba bertanyakan pendapat orang lain jugak..kita bukan sempurna.


''if you want to win friends and influence people,start by first trying to understand them''
;)

Tuesday, January 25, 2011

ape perlu dibuat jika..ini utk lelaki ;)

apa perlu dibuat jika..
satu hari,kita bangun dan dapati kita bersama seorang wanita yang kita xingat namanya..
mula-mula,jika dia x sedar lagi,geledah wallet dia utk check nama dia,
atau,pergi ke toilet atau cari ubat2 atau apa saja bnda yang mungkin ada nama dia.
kalau x ingat jugak,demi menjaga hati..panggil dia dgn nama sayang,honey,baby atau my love..
girls digging it..

apa perlu di buat jika..
ada perempuan asik dok kacau kita, msg kita non-stop..
nak reject tp mcm sayang..
lelaki kan suka mengambil kesempatan,
bg tau yang 'eh,sorry..i dah ada gf and i sayang gf i..tp xsalah kita kawan je kan?'
call her and said some nasty thing..
or otherwise...sorry, i dah kawen..tp i sayang u, i pun tatau lah..u jd teman tapi mesra i eh'
or u can try this=sorry,i'm gay..tp mungkin u boleh tlg biar i jadi straight balik'

apa perlu di buat jika..
kita kantoi dgn gf kita,bini kita..
deny...deny...n deny..
pasangan kita tak nak tau kebenaran.
mengaku salah tapi jangan cerita detail..
'sorry,saya buat salah,tp saya janji x buat lagi..'
seminggu chill dlu,tp lepas ni nak curang kena lebih hati2..
buat baik smgu,confirm dorang maafkan..wanita insan yg lemah..kan?

selamat mencuba ;)



apa yang lelaki mahu?dan apa yang perempuan perlu buat?

untuk menjadi girlfriend mereka,kawan mereka,isteri mereka?

sebagai girlfriend@gf..
-korang kena cantik,hott,bergaya bila keluar dgn mereka sebab lelaki bangga mempunyai gf yang cantik.
-anda hendaklah bersopan-santun bila keluar bersama kawan-kawannya.
(lelaki x suka bila gf dorang rapat sgt dgn kawan2 dorang,tergugat mungkin?)
-anda hendaklah memiliki bentuk badan sempurna..semua hendaklah sempurna jika anda ingin bersama mereka..mereka takkan cakap tp akan bagi hint2 utk kaum perempuan mula diet.
-anda perlulah memuaskan nafsu derakah mereka, kalau anda enggan..percaya lah, mereka akan cari perempuan lain yang sanggup.

sebagai isteri mereka..
-tak banyak yang kita boleh buat.kita perlu kekal cantik,kekalkan bentuk badan,
-pada masa yang sama,jadi orang gaji mereka, sediakan segala kelengkapan
-masih penuhi kehendak nafsu serakah mereka
-bikin anak untuk mereka,jaga anak, hantar anak pegi sekolah dll
-ingatkan mereka pasal semua benda.
-mendengar kata mereka, surga bawah tapak kaki mereka,kan?

sebagai kawan mereka..
ini paling awesome,
kita boleh jadi siapa kita dgn mereka,menjadi kawan mereka mmg awesome tp we still can't fall in love with them..
lelaki sebagai kawan mmg berbeza dgn lelaki bila mereka menjadi seorang bf atau suami..
bila lelaki dgn kawan dia,die boleh cerita semua bnda,tp bila dgn pasangan hidup mereka,
mereka enggan berkonfrantasi..

utk cik mas, saya memilih untuk berkawan dgn mereka..
my life would be much,much,much easier ;)

rokok o.0



rokok membahayakan kesihatan?
yes...disini saya akan memberikan beberapa contoh terdekat.
arwah ayah saya berjaya dalam pembedahan nya,
tp mungkinkah rokok juga salah satu sebab hati nya gagal berfungsi?
mungkin...
suami kepada sepupu saya baru sahaja selesai dengan pembedahan
beliau menghidapi kanser lidah..
mungkinkah kerana rokok?mungkin...
jadi,apa yang terjadi?doktor kena potong sebahagian daripada lidah beliau dan touch-up dgn isi yang diambil daripada lengan nya..
so,
menghisap rokok bersamaan mengambil wang kertas RM 10,menggulungkannya dan membakarnya...
terbaik bukan?
kat kotak rokok ada semua jenis penyakit yang bakal kita hidapi dgn menghisap kandungan rokok tersebut..
tp kita tukarkan gambar2 ngeri itu kepada lawak jenaka..
seperti anak hellboy lah,leher ayam lah,buah tembikai lah bagai..

sekotak rokok RM 10, seminggu 3 kotak bersamaan sebulan= RM120
setahun=12bulan x RM120=
RM 1440..
hisap rokok dari usia 18(yang dibenarkan) sehingga usia 50(waktu mula nak slow down)
bersamaan= RM 1440x(50-18=32 tahun)
RM1440x32=RM 46080

jadi wahai mereka2 yang diluar sana yang selalu bagi reason duit selalu x cukup tu..
berapa byk wang yang anda boleh simpan dengan tidak merokok?
hehe...best kan kira duit?
tp kenapa kita masih hisap rokok?
sebab daripada kehendak,dia dah jadi keperluan.
sebab bila kita dah bgtau kawan2 kita,kita dah stop isap rokok,
dorang hulur jugak lagi..
bila harga rokok naik,kita beli jugak lagi..
bila bini kita dah mengandung,baru lah kita takut kalau2 anak kita ghupa mcm hellboy?


renung2kan dan selamat beramal ;)




Monday, January 24, 2011

cara mengelakkan perbualan,my own way ;)

bagaimanakah untuk mengelakkan daripada di tegur dan perbualan ;)

apabila sedang berjalan,tiba2 anda terlihat kawan anda yang memang anda perlu elakkan atau pilih untuk mengelak dari mereka
bawa keluar telefon bimbit anda lalu dengan tidak semena-menanya pura-pura bercakap ;)
doink*doink
anda juga bole keluarkan headphone dan cucukkan di telinga anda untuk mengelakkan diri daripada mereka.
jika telefon dan headphone tiada..sila capai apa2 bahan bacaan dan baca dengan mimik gaya tekun.

jika anda sudah pun terlambat..
anda boleh mengelakkan perbualan dengan menceritakan apa jua masalah anda...
dan berpura2 sedih...confirm depa xdak nak borak apa dah ;)

dats what im doing..selamat mencuba ;)


masalah cik mas dgn ahli musik

susah sungguh nak terangkan..
aku dah kira dah ex-bf aku..
hampir semua ada persamaan yg ketara,
semua ahli musik,memiliki suara yg agak best,
heish..aku kena stop jatuh cinta dgn ahli musik..
bak kata mira
'mas,beralihlah kepada lelaki lain,mungkin golongan ahli musik tidak mengambil berat dalam hal-hal perhubungan'
mungkinkah?

kenapa aku tak boleh sesuaikan diri dgn mereka??

haa...meh dgr..lai lai
kenapa aku x boleh nak sesuaikan diri dgn mereka?
ape beza aku dgn species mereka?
aku perempuan, mereka betina,
aku tak kesah pakai baju bundle,mereka wajib pakai baju jenama,
aku xperlu bermuka2,mereka pijak kawan mereka,
aku xde boifriend, mereka curi boifriend kawan mereka,

mereka cantik,hebat dan bergaya,
tp jiwa mereka kosong semata-mata,
mereka bijak berbicara,tetapi semua itu dusta,
mereka ada duit berjuta,tp semua dikikis dan duit keluarga,
mereka bahagia bila menjatuhkan orang lain,
sebab mereka rasa mereka sempurna,
mungkin mereka kan rasa derita,
tp itu bukan hak kita untuk berkata.
seindah rupa,sehebat bicara,
tapi semua palsu belaka.
kau akan rasa kosong,kerana pada akhirnya nanti..
kau akan berdiri seorang diri di sudut dan menanti.

Sunday, January 23, 2011

permintaan blog mengenai mamak

kenapa kita suka makan kat mamak?
sbb kita slalu tiba-tiba lapar pukul 2-3 pagi,
restoran mamak je yg bukan 24 jam,paling kurang pun 23 jam
walaupun bila kita order roti canai ke apa ke..
semua menu akan dan2 je ada kat situ,
xpernah apa yang korang mintak tu takde..kan?
walaupun teh ais dia rasa mcm teh semalam,
kite makan jugak kat situ..
betul ke orang ckp mereka letak 'penyedap' dalam makanan yg kita order tu?
tak kot...sebab x sedap jugak...
kenapa kita nak jugak lepak mamak walaupun ada je kedai melayu kat sebelah restoran mamak tu?
sebab bila kat mamak,kita order air je,kita boleh lepak smpai 3-4 jam,dorang xde nak usha2 panas.
kalau kat kedai melayu,dah kita lepak lama2 nanti dorang usha macam nak kita cepat2 blah..
mamak pun jadi best sebab bila ada bola,mesti dorang pasang..kalau kat kedai2 lain dorang mesti pasang movee x pun drama melayu.
kenapa kita masih lagi lepak mamak walaupun kite slalu komplen mahal?
sebab bile kita ade rm3,kite still bole mintak roti canai kosong dgn sirap.
kalau kat kedai melayu,apa menu harge rm3?
mamak juga jadi tempat lepak utk jiwa2 muda sebab?
bile lepak mesti smpai 10-15 orang,
kedai melayu x selalu ade kerusi yang cukup utk kita..
pastu perasan tak kedai melayu punya lighting mcm x best?
kat mamak lampu dorang terang menerang..
mungkin sebab2 niy kot kita slalu lepak mamak..mungkin..



Thursday, January 20, 2011

tudung dan aurat..

bukan nak menafikan kewajipan aku sebagai seorang wanita Islam untuk bertudung, menjaga aurat dan menjaga batasan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim,
cuma ingin berkongsi pendapat dan rasa hati.
bila wanita bertudung? adakah kita akan kehilangan identiti? adakah kita akan diperkatakan seperti di tindas oleh agama sendiri seperti yang 'mereka' katakan?
persoalan di sini,aku memang ingin bertudung, tp semua orang membuat kesimpulan sendiri yang aku bukan jenis wanita bertudung dan memperlekehkan niat aku.
aku tau,sebagai wanita yang bijak pandai,aku tak perlu ambil peduli apa kata mereka.
tapi aku takut jika aku memakai tudung dan tiba-tiba hati berubah...apa kata mereka?
banyak sangat 'kata mereka'..
selalu aku nampak wanita islam bertudung..dah banyak teknik ikatan tudung,dari bawal,wardina,bini mawi(apetah nama dia) smpai lah ke Yuna..tp islam bukan suruh kita pakai tudung je, islam suruh kita pakai tudung, tutup aurat dan jaga pergaulan.Siap ada hadis untuk kita melabuhkan tudung smpai menutupi dada. Tp kenapa bila pegi pasar malam wanita bertudung pakai t-shirt pendek nmpak lengan? pakai legging nampak bentuk kaki dan siap nampak bahagian sulit? kenapa pegi mall nampak dorang berpelukan dengan lelaki?kenapa dalam panggung wayang dorang comolot mcm kita kat US? kenapa bukak youtube search wanita bertudung semua berakhir dgn wanita bertudung buat maksiat?
ye2...aku tau..bila ckp mcm tu,orang akan ckp kat aku mcm ni 'At least,kitorang bertudung,dari kau?dah la x pakai tudung..tau tak rambut tu aurat?'
ye..aku tau aurat...aku tau dosa dan pahala.korang tau?
kenapa mereka bertudung sekadar nak menutupi rambut kaler karat dorang?
kenapa bila aku x bertudung semua nak cakap aku berdosa?
amal dan iman aku ni tertulis kat dahi aku ke?
masuk syurga atau neraka ditentukan oleh mereka?

Sebab kenapa cik mas nak pakai tudung?
sejak arwah ayah meninggal,aku pernah dengar ada kawan bagitau, walaupun arwah dah meninggal, sampai sekarang dia sedang disoal kenapa anak2 perempuan dia tak pakai tudung..aku rasa bersalah sebab tak dapat tolong arwah di dunia,mungkin aku dapat bantu dia di akhirat..sebab yang aku tahu,apa yang akan menolong kita bila kita dah kembali kepada-Nya adalah doa-doa anak yang soleh dan solehah..
aku rindu arwah..sejak seminggu-dua ni asyik teringat kat dia,apa pun yang aku nampak sekarang niy semua nya aku nmpak arwah..
ayah...mas rindu ayah :(
kenapa ayah pergi cepat sangat?ayah kata nak tengok mas graduation nanti,kata nak datang pakai hendsome2 ambik gambar graduation dgn mas...ayah kata nak tunggu mas grad..tp malangnya ayah xda waktu mas grad nanti..

Tuesday, January 18, 2011

today ;)

ape yang saya buat dan xbuat hari ni?
saya tak makan lagi,sekarang dah pukul 8...hebat x?
saya tindik telinga saya lagi,atas telinga niy ha..belah kiri.
saya berjalan2 membawa diri,
minum kampai strawbery smbil berdiri,
mencari bio-oil di farmasi
untuk parut saya yang huduh ini.
terjumpa kawan2 lama dan menumpangkan saya ke bndar u,
hurm,xsangka mereka baik hati,
melihat diri dari perspektif baru,
merosakkan diri tanpa disedari,
mencari matlamat baru dalam hidup..
aish,mungkin tuhan sedang menguji,
melihat kembali dari segi emosi,
secamca seksi,segelas melodi,
mana pergi?
mana hilang diri dan peribadi?
mana pergi perasaan HAPPY?

Monday, January 17, 2011

why guys?tell me why....

why i had done to u guys, what did i do wrong to deserve this feeling of emptyness in my heart? i always kept telling to myself that i would be better without u guys. i always believe there are someone among u guys would be my true love and i believe that i would spent my whole life with one of u guys someday. but...here's the thing, why people kept thinking that i need boys all the time? i mean..doesnt mean that i dont have a boyfriend my life is empty n pathetic..NO,its not..i choose not to have u guys to entering my life for a moment because i always end-ups with a loser,a douche-bag and totally stupid people..i love u guys,dont get me wrong, i love waking up every morning and received a text saying 'Good morning sayang, i hope u'll have a blast today, ;)',every little things u guys did,the roses,the hugs n kisses and even the shoulder to cry on. i love 'em..but don't falling in love with me without knowing who i am,and don't try to change who i am..i will change for u guys one day..u guys just have to trust and support me..why u guys kept changing ur attitude? why always ends up with arguements? why we always ends up with break-ups and a lot of crying? and why we ends up with removing each other's facebook,deleting our memories, deleting the old text and even throwing out our gifts for each other..why we ends up with heart-broken feeling n that feelings would remain the same in even 10 years..so,i suggest that,dont fall in love in me to quick...and i am a very complicated,non-ordinary,problematic person..u just have to deal with it..when i say NO,its means maybe..and if i said YES..it might be no...it's confusing...but we call it LOVE.

Wednesday, January 12, 2011

2011 already?

2011 already?
nah...its not a big surprise..and yess,im turning 21 this year..
apparently,still in college, still dun have a driving license and still single.
so,what's ur new year resolution? for me..
i just wanna be happy this whole one year..i wanna cherish my life and live my life like im dying..so,whats urs?hehe..
now,im in perak, still attending class,still hoping the best thing that could happened to me...which is..graduating like what my late father wanted me to..
hopefully,everything willl be fine for me,i just wanna be nice until one day i heard some of the guys said something nasty about me..he said im a psycho..guess what?
i dun care n thanks for saying those stuff..actually it makes u guys clearly envy that i can stand all by my self without any help from u guys.im not pretending to be someone im not..so,Hell yeah...
2011, I'm ready..bring it on..